Napong Dua merupakan salah satu kampung tradisi masyarakat Dusun di Ranau sabah yang terletak jauh di pedalaman. kawasan kampung ini terletak 15 kilometer daripada pekan terdekat iaitu pekan Ranau. kampung ini terkenal dengan keramahan penduduknya dan toleransi antara penduduk yang mendiami kawasan ini.
Nama Napong yang digunapakai bagi kampung ini mempunyai lagendanya tersendiri. terdapat banyak cerita yang diwujudkan masyarakat yang mendiami kawasan ini apabila ditanya asal usul nama Napong. Antara cerita yang sering dikatakan adalah berkaitan gong yang telah disembunyikan sekumpulan pengembara di kawasan hutan yang kini diberi nama Pinausok. Gong tersebut kemudian tertinggal di kawasan tersebut. bagi masyarakat dusun tertinggal merujuk kepada nokopung. maka daripda itu nama Nopung kemudian dirujuk kepada Napong.
Selain itu, terdapat juga cerita rakyat yang mengatakan bahawa dahulunya sebelum wujud jalan raya kawasan ini menjadi tempat persingahan masyarakat yang hendak berjual dan berurusan di kawasan pekan Ranau. Oleh itu, kebanyakan masyarakat daripada pedalaman singgah di kawasan yang kini dikenali sebagai Napong.
walau bagaimanapun, belum ada kajian sahih yang membuktikan asal usul nama Napong ini. apa yang diceritakan di sini lebih kepada cerita-cerita orang tua yang boleh dikatakan sumber pertama memandangkan tidak terdapat sumber lain untuk menceritakan istilah Napong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan